Pages

Thursday 31 January 2013

Pengalaman Menderma Darah


Pengalaman Menderma Darah

First time menderma darah memang macam-macam persoalan yang akan timbul dalam fikiran. Apatah lagi berhadapan dengan jarum yang tidak kurang besar saiznya. Jika anda seorang yang sangat sensitive (phobia) dengan injection, lupakan saja niat untuk menderma darah kerana jarum yang digunakan memanglah teramat besar saiznya. Tapi bagi saya, semua itu adalah perkara biasa, mungkin disebabkan terlalu excited menderma darah buat kali pertamanya.  

Sebelum saya bergelar Penderma Darah, saya pernah juga melihat beberapa rakan saya yang menyertai program menderma darah yang diadakan setiap 6 bulan dikolej. Sudah berkali-kali juga mereka mengajak saya untuk menyertai program itu, tapi memikirkan berat badan saya yang tidak pernah pun mencecah 45kg ke atas dan juga tekanan darah yang sentiasa rendah, saya rasa kelayakan saya untuk menderma darah memang tidak masuk punya…n_n.

Saya jealous juga tengok kawan-kawan saya ni derma darah. Saya berusahalah juga menaikkan berat badan saya, tapi still below 45kg. Untuk seketika, saya lupakan saja hasrat saya untuk menderma darah, sebab memang tidak layak pun.

Setelah sekian lama melupakan hasrat untuk menderma darah, keinginan itu muncul kembali selepas berjumpa dengan rakan-rakan yang memang penderma darah tegar. Pengaruh rakan itu memang kuat. Believe or not, it’s happen to me. Sehari sebelum menderma darah, saya berehat secukup-cukupnya dengan harapan keesokan harinya apa yang diimpikan akan termakbul. 
Satu jam sebelum menduduki ujian kelulusan untuk menderma darah, saya struggle untuk makan sepuas-puasnya dengan harapan berat badan saya mencecah 45kg, dan juga melakukan sedikit senaman agar tekanan darah saya meningkat ke tahap yang dikehendaki.  
Haha...Syukur, semuanya available dan saya sign borang persetujuan untuk menderma darah. U_U *_*.

Excited…excited ,memang excited masuk bilik tabung darah. Staff yang bertugas menyuruh saya berehat sebelum pendermaan darah dilakukan. Pastikan rehat yang cukup, takut nanti pengsan pula time derma darah ni. 10 minit berehat, procedure pun dimulakan. First, ubat pelali/ tahan sakit/ Local Anesthesia disuntik dibawah lapisan kulit / subcutaneous untuk memastikan jarum yang akan dimasukkan kemudian kedalam saluran darah tidak akan terasa sakit sebab jarum yang biasa digunakan tu memang besar punya lah. Suntik LA ni yang terasa sakit sedikit, lepas tu dah tak rasa lagi even jarum yang besar dimasukkan. 

Semuanya berlaku dengan pantas, hanya mengambil masa 15minit untuk proses pendermaan darah. Disitu disediakan juga makanan dan minuman untuk disantap selepas pendermaan darah. Sebaik-baiknya, berehat selama 30minit selepas pendermaan darah untuk memastikan sistem peredaran darah dalam badan stabil untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. 



Satu unit darah yang anda dermakan dapat menyelamatkan nyawa:

1.    Mangsa Demam Denggi
2.    Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah
3.    Ibu-ibu yang mengalami tumpahan darah selepas bersalin
4.    Bayi yang memerlukan pertukaran darah
5.    Pesakit Talasemia
6.    Pesakit Anemia
7.    Mangsa kebakaran
8.    Pesakit leukemia
9.    Pesakit Haemifilia

Kriteria/Kelayakan untuk menjadi penderma darah
Anda layak untuk menderma darah sekiranya:
1.    Mempunyai berat badan yang melebihi 45 kilogram
2.   Tekanan darah yang normal 100/90-120/90.
3.  Berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun (Sekiranya anda berumur 17 tahun, anda perlu dapat kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga)
4.    Tidur yang melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan
5.    Tahap hemoglobin (kandungan protin dan zat besi) sekurang-kurangnya 12.5g%
6.  Tidak mengambil sebarang ubat antibiotik kecuali diberi kebenaran oleh pegawai perubatan.
7.    Tidak mengambil minuman beralkohol 24 jam sebelum menderma darah
8.    Tidak mengidap penyakit Tekanan Darah Tinggi, Diabetis dan Sakit Jantung
9. Tidak mengidap Penyakit Talasemia, Haemofilia, Hepatitis B atau C, Penyakit Kelamin, AIDS dan sebagainya.


Anda DILARANG! menderma darah sekiranya anda tergolong dalam orang yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut:
1. Hubungan seks dengan bertukar-tukar pasangan atau menjalankan aktiviti seks rambang
2.    Melanggani pekerja seks/pelacur
3.    Hubungan sejenis (Homoseks)
4.    Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (Biseksual)
5.    Menyalahguna dadah secara suntikan

Kesan sampingan menderma darah

1. Pening-pening untuk seketika.
2. Letih dan muka yang pucat. (mungkin akan berlanjutan selama 2-3hari)
3. Mengantuk.
4. Selera makan yang meningkat.
5. Berat badan meningkat. 

Penjagaan diri selepas menderma darah

1. Mendapatkan rehat yang secukupnya.
2. Elakkan memandu.
3. Elakkan bersenam atau melakukan kerja-kerja berat dalam masa 24jam selepas
    menderma darah.
4. Makan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein untuk memulihkan tenaga
    dan juga menggalakkan penghasilan darah yang baru.
5. Elakkan makan makanan yang pedas dan asam dalam masa 24jam selepas menderma
    darah.
6. Elakkan minum minuman beralcohol dalam masa 1 minggu selepas pendermaan darah.
7. Elakkan minum minuman berkarbonat dan berkafein seperti coca cola, pepsi, nescafe dll.

Notis! Elakan mengambil makanan atau minuman yang tidak sesuai dengan citarasa anda kerana hal ini akan mengakibatkan anda berasa loya, pening dan pitam.

~> Setiap orang mungkin akan mengalami kesan yang berbeza. 


2 comments:

  1. Nice article..besok nk gi derma darah,ada kempen..xtaula layak ke x haha...'•_•'

    ReplyDelete
  2. Masa saya mula2 derma darah, sy tak boleh nak hidu bau masakan. Bila terhidu je bau masakan mula laaa nak muntah

    ReplyDelete